Thursday, June 3, 2010

Untukmu Palestin

Berdzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestin akan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin


Aku ambil sedikit petikan penulisan dari ABU SAIF @ www.saifulislam.com :

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?

Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com



Marilah kite bersama2 berdoa agar Allah selamatkan Palestin.......
Doa adalah senjata umat islam,
Sebagai umat Islam, kite harus mengambil berat tentang saudara seagama kite,
Aku kadang2 tak faham kenapa masih ada lagi org2 di luar sana masih tak faham,
Walaupun kite tak dpt nak berbuat ape2,
Tak bermakna kite kene tengok je ape yg berlaku,
Pastu buat tak tau...buat hal sendiri,
Pastu leh cakap 'eleh kalo kite buat mcmni pun ingat israel tu heran ke?",
Memang la israel tu tak heran,
Tak dtgkan ape2 kesan pon kat diorang,
Tapi apa yg aku nak ckp ni adalah sikap,
Tunjukkan la sikap korang,
Jangan nak pentingkan diri sendiri,
Allah jdkan sesuatu perkara tu ada hikmahnye,
So kalo kite tunjukkan kan sikap kite dgn protes tak kirelah dgn apa cara sekalipun,
Insyaallah akan ada kebaikan dari Allah utk kite,
Aku pon bukan baek sgt,
Jahat.....byk dosa...tapi kite saling ingat mengingati la,
Takkan kite nak tgk je kekejaman yg dilakukan ke atas saudara seagama kita,
Yang menyembah Tuhan yg satu....berdiri mengadap kiblat yg sama,
Dunia dah berada di penghujungnya,
Dah akhir zaman dah,
Bile lg????
Aku pon selalu lalai dan lupa,
Tp aku akan usaha utk perbaiki,
Jom kite sama2 perbaiki.........
Yang baik itu dtg dr Allah,
Apa yg buruk dan kurang itu dtg dr sy sendiri........
Sekian..........

No comments:

Post a Comment